Pergi ke kandungan

Wikikamus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wikikamus
Logo Wikikamus Bahasa Melayu, menampilkan aksara berbeza
Logo Wikikamus Bahasa Melayu
Tangkapan skrin
Laman Utama Wikikamus Bahasa Inggeris pada 4 Disember 2024
Jenis tapak
Kamus dalam talian
Tersedia dalamNekabahasa (173 aktif)[1]
PemilikYayasan Wikimedia
Dicipta oleh
URLwiktionary.org
KomersialTidak
PendaftaranPilihan
Dilancarkan12 Disember 2002; 23 tahun yang lalu (2002-12-12)
Status semasaAktif

Wikikamus (Jawi: ‏ويکيقاموس‎‎, bahasa Inggeris: Wiktionary) ialah sebuah projek nekabahasa berasaskan web untuk mencipta sebuah perkamusan kandungan bebas (termasuk perkataan, frasa, peribahasa, rekonstruksi linguistik, dsb.) dalam sebilangan besar bahasa sejadi dan sebilangan bahasa buatan. Semua masukan tersebut boleh mengandungi definisi, imej untuk penggambaran, sebutan, etimologi, tasrif, contoh penggunaan, petikan, istilah berkaitan, dan penterjemahan istilah ke bahasa-bahasa lain, dalam tampilan lain. Ia disunting secara penyuntingan bersama oleh para sukarelawan melalui sebuah wiki. Namanya ialah lakuran perkataan wiki dan kamus. Ia tersedia dalam 198 bahasa dan dalam bahasa Inggeris Mudah. Sepertimana projek kembarnya Wikipedia, Wikikamus digerakkan oleh Yayasan Wikimedia. Perisian wikinya, MediaWiki, membenarkan hampir semua mempunyai capaian kepada laman web tersebut untuk mencipta dan menyunting masukan.

Disebabkan Wikikamus tidak terhad dengan pertimbangan ruang cetak, kebanyakan edisi bahasa Wikikamus menyediakan definisi dan penterjemahan istilah daripada banyak bahasa, dan sebahagian edisi menawarkan maklumat tambahan yang biasanya ditemui tesaurus.

Data Wikikamus kerap digunakan dalam pelbagai tugasan pemprosesan bahasa tabii.

Edisi berbilang bahasa

[sunting | sunting sumber]

Setakat Oktober 2026, tapak Wikikamus wujud dalam 198 bahasa dengan 173 daripada edisi bahasa tersebut adalah aktif dan 25 daripada edisi bahasa tersebut telahpun ditutup.[1] Tapak aktif mempunya sejumlah 50,378,348 laman rencana, dan laman yang telah ditutup pula mempunyai sebanyak 339 laman rencana.[2] Sebanyak 7,998,860 pengguna telah berdaftar dengan 10,178 dalam kalangan pengguna tersebut aktif dalam masa terdekat.[2]

Sepuluh projek Wikikamus edisi bahasa yang tertinggi dari segi jumlah rencana ruang utama adalah seperti berikut:[2]

№Bhs.WikiKdgn.Jmlh.SuntinganPenyeliaPenggunaAktifFail
1 Inggeris en 9,208,162 11,337,334 93,407,019 76 4,502,856 4,805 19
2 Perancis fr 7,022,693 7,912,046 39,888,455 32 415,362 943 6
3 Malagasy mg 6,083,853 6,211,270 37,769,795 2 17,006 29 3
4 Cina zh 2,395,809 3,251,412 9,930,273 9 134,876 112 1
5 Thai th 2,207,307 2,346,489 5,774,884 4 19,579 58 0
6 Greek el 1,694,754 1,757,945 7,630,676 11 72,718 131 23
7 Rusia ru 1,532,491 3,111,071 14,434,272 14 346,823 304 196
8 Turki tr 1,502,253 1,624,109 5,879,736 6 68,533 59 1
9 Jerman de 1,267,778 1,462,695 10,783,014 12 260,474 339 93
10 Belanda nl 1,055,851 1,343,834 5,630,256 6 68,094 104 7

Untuk senarai penuh dengan jumlah data tertentu sila lihat Statistik Wikimedia:[3]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
    1. 1 2 Wikimedia's MediaWiki API:Sitematrix. Dicapai pada Oktober 2026 daripada Data:Wikipedia statistics/meta.tab
    2. 1 2 3 Wikimedia's MediaWiki API:Siteinfo. Dicapai pada Oktober 2026 daripada Data:Wikipedia statistics/data.tab
    3. ↑ "Wiktionary Statistics". Meta.Wikimedia.org. Diarkibkan daripada yang asal pada September 2, 2020. Dicapai pada 11 September 2020.

    Pautan luar

    [sunting | sunting sumber]