Pergi ke kandungan

Tetraodontidae

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tetraodontidae
Julat zaman: Lutetia–Holosen
Buntal pasir bintik putik mengembung
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Actinopterygii
Order: Tetraodontiformes
Suborder: Tetraodontoidei
Keluarga: Tetraodontidae
Bonaparte, 1832
Spesies jenis
Tetraodon lineatus
Genus

Lihat teks

Buntal lunas pelana mengempis

Tetraodontidae ialah keluarga ikan jenis buntal dalam order Tetraodontiformes yang ditemukan di perairan laut dan muara sungai tropika dan subtropika Atlantik, Hindi dan Pasifik.[1] Keluarga ini merangkumi banyak spesies yang dikenali dengan pelbagai nama seperti buntal, buntal pasir, buntal pisang, atau buntal kerisi;[2] badan spesies-spesies ikan ini menyerupai buntal landak yang berkait rapat, yang mempunyai duri dalaman besar (tidak seperti duri tipis tersembunyi pada Tetraodontidae, yang hanya terlihat ketika ikan ini menggembung).[perlu rujukan]

Taksonomi

[sunting | sunting sumber]

Nama keluarga ini datang daripada genus jenis Tetraodon, nama genus tersebut dijejak kepada kata-kata bahasa Yunani τετρα tetra yang bermaksud "empat" dan ὀδούς odoús yang bermaksud "gigi" kerana mulut setiap spesiesnya ada empat gigi besar yang bercantum membentuk plat-plat atas dan bawah yang digunakan untuk menghancurkan cengkerang keras mangsa krustasia dan moluska semula jadinya.[3]

Keluarga Tetraodontidae mengandungi 193 spesies ikan yang dikelompokkan dalam 28 genus:[1][4]

  1. 1 2 Froese, R.; D. Pauly (penyunting). "Family Tetraodontidae – Puffers". FishBase. Dicapai pada 5 Februari 2024.
  2. ↑ Yusri Atan; Hamadan Jaafar; Abdul Rahman Abdul Majid (2015). Ikan Laut Malaysia: Glosari Nama Sahih Spesies Ikan. Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s. 234-238. ISBN 9789834603755.
  3. ↑ Scharpf, Christopher (11 September 2023). "Family TETRAODONTIDAE" (PDF). The ETYFish Project. Dicapai pada 1 April 2024.
  4. ↑ Eschmeyer, W. N.; Fong, J.D., penyunting (Julai 31, 2017). "Species by family/subfamily in the Catalog of Fishes". California Academy of Sciences. Dicapai pada 5 Februari 2024.