ENIAC
| ENIAC | |
|---|---|
Empat panel ENIAC dan salah satu jadual fungsinya, di Universiti Pennsylvania | |
| Lokasi | Department of Computer and Information Science Universiti Pennsylvania, 3330 Walnut Street, Philadelphia, Pennsylvania, A.S. |
| Koordinat | 39°57′08″U 75°11′26″B / 39.9523°U 75.1906°B |
| Dibina pada | 1945 |

ENIAC (/ˈɛniæk/; Electronic Numerical Integrator and Computer)[1][2] ialah komputer digital serbaguna elektronik boleh diprogramkan yang pertama, yang siap pada tahun 1945. Ada komputer lain yang mempunyai sebahagian ciri-ciri ini, tetapi ENIAC adalah yang pertama mempunyai semuanya.
ENIAC memerlukan lokasi 15,000 kaki persegi dan seberat 30 tan. ENIAC dibina oleh John Mauchly dan J. Presper Eckert. Pada asalnya ia bertujuan untuk kegunaan Tentera Darat Amerika Syarikat sewaktu Perang Dunia Kedua. Tetapi oleh kerana disiapkan sesudah perang, ENIAC tidak pernah digunakan untuk tujuan tersebut.
ENIAC menghasilkan banyak haba yang menyebabkan ia telah ditempatkan dan disusun di satu daripada beberapa buah bilik di Universiti dengan satu sistem pendinginan udara .Tiub-tiub vakum yang terdapat pada ENIAC adalah lebih dari 19,000. Ia juga mempunyai lima belas penyampai (relays) sebanyak satu ratus buah dan beratus ribu perintang, kapasitor, dan induktur
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Nota
[sunting | sunting sumber]- ↑ Eckert Jr., John Presper and Mauchly, John W.; Electronic Numerical Integrator and Computer, United States Patent Office, US Patent 3,120,606, difailkan 1947-06-26, dikeluarkan 1964-02-04; dibatalkan 1973-10-19 selepas kes Honeywell v. Sperry Rand.
- ↑ Weik, Martin H. "The ENIAC Story". Ordnance (Januari–Februari 1961). Washington, DC: American Ordnance Association. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-14. Dicapai pada 2015-03-29.