Apple Vision Pro
Paparan di kedai bagi Apple Vision Pro | |
| Pemaju | Apple |
|---|---|
| Jenis | Pemasang kepala realiti teradun kendiri |
| Tarikh keluar | February 2, 2024 (varian M2) |
| Harga | US$3,699 |
| Paparan | Dalaman: ~3660×3200 per mata[1] OLED dwi sehingga 100 Hz (M2) atau 120 Hz (M5) Kadar segar semula,[2] Medan penglihatan (FoV) ~100°×73°[3] Luaran: "EyeSight" OLED lentikular melengkung[4] |
| Kuasa | Bateri luaran (353 g)[2] |
| Ketersambungan | Wi-Fi 6, Bluetooth 5.3 |
| Laman web | apple.com/apple-vision-pro |
| Logo | Apple Vision Pro.svg |
Apple Vision Pro ialah sebuah komputer pakai kepala yang dibangunkan oleh Apple. Ia telah diumumkan pada 5 Jun 2023 di Persidangan Pembangun Seluruh Dunia Apple (WWDC) dan dikeluarkan terlebih dahulu di AS, kemudian di wilayah global sepanjang tahun 2024. Apple Vision Pro menggunakan penjejakan 3D dan laluan kamera untuk memberikan pengalaman Realiti terimbuh (juga dikenali sebagai realiti teradun) bagi persekitaran pengguna. Apple Vision Pro merupakan kategori produk utama pertama Apple sejak keluaran Apple Watch pada tahun 2015.[5]
Apple memasarkan Apple Vision Pro sebagai Pengkomputeran ruang di mana media digital diintergrasikan dengan dunia nyata. Input fizikal—seperti isyarat gerakan, Penjejakan mata, dan Pengecaman pertuturan—boleh digunakan untuk berinteraksi dengan sistem.[6] Apple telah mengelak daripada memasarkan peranti ini sebagai Pemasang kepala realiti maya apabila membincangkan produk tersebut dalam pembentangan dan pemasaran.[7]
Peranti ini menjalankan visionOS,[8] iaitu sebuah sistem pengendalian realiti teradun yang diterbitkan daripada rangka kerja iPadOS menggunakan antaramuka pengguna 3D; ia menyokong penggandaan tugas melalui tetingkap yang kelihatan terapung di dalam persekitaran pengguna,[9] seperti yang dilihat oleh kamera yang dibina pada pemasang kepala. Satu dail di bahagian atas pemasang kepala boleh digunakan untuk melitupi suapan kamera dengan persekitaran maya bagi meningkatkan keasyikan. OS ini menyokong avatar (secara rasmi dipanggil "Personas"), yang dihasilkan dengan mengimbas muka pengguna; sebuah skrin di bahagian hadapan pemasang kepala memaparkan pemaparan mata avatar ("EyeSight"), yang digunakan untuk menunjukkan tahap keasyikan pengguna kepada orang di sekeliling, dan membantu dalam komunikasi.[10]
Pada 15 Oktober 2025, Apple mengumumkan Apple Vision Pro yang dinaik naik taraf menampilkan cip Apple M5, yang memberikan prestasi yang bertambah baik, pemaparan paparan yang ditingkatkan, hayat bateri yang dilanjutkan, dan sokongan untuk kadar segar semula sehingga 120 Hz. Model yang dikemas kini ini juga memperkenalkan Dual Knit Band, pilihan jalur kepala yang direka semula untuk keselesaan dan kesesuaian yang lebih baik.[11]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pembangunan
[sunting | sunting sumber]Pada Mei 2015, Apple mengambil alih syarikat Realiti terimbuh (AR) Jerman Metaio, yang asalnya dipisahkan daripada Volkswagen.[12] Pada tahun tersebut, Apple menggaji Mike Rockwell daripada Dolby Laboratories. Rockwell membentuk satu pasukan yang dipanggil Kumpulan Pembangunan Teknologi termasuk pengasas bersama Metaio Peter Meier dan pengurus Apple Watch Fletcher Rothkopf. Pasukan tersebut membangunkan satu demo AR pada tahun 2016 tetapi ditentang oleh ketua pegawai reka bentuk Jony Ive dan pasukannya. Pakar realiti terimbuh dan realiti maya (VR) serta bekas pakar NASA Jeff Norris telah digaji pada April 2017.[13][14] Pasukan Rockwell membantu menyampaikan ARKit pada tahun 2017 dengan iOS 11. Pasukan Rockwell berusaha untuk mencipta sebuah pemasang kepala dan bekerjasama dengan pasukan Ive; keputusan untuk memperlihatkan mata pemakai melalui paparan mata menghadap hadapan telah diterima baik oleh pasukan reka bentuk industri.[15]
Pembangunan pemasang kepala ini mengalami tempoh ketidakpastian dengan peletakan jawatan Ive pada tahun 2019. Penggantinya, Evans Hankey, meninggalkan syarikat pada tahun 2023.[16] Pengurus kejuruteraan kanan Geoff Stahl, yang melapor kepada Rockwell, memimpin pembangunan sistem pengendalian visionOS,[14][17] selepas sebelum ini bekerja dalam perisian permainan dan teknologi grafik di Apple.[18] Pemasang kepala realiti terluas Apple bertujuan sebagai jambatan kepada cermin mata AR ringan masa hadapan, yang belum boleh dilaksanakan secara teknikal.[19][20] Pada November 2017, Apple mengambil alih syarikat MR Kanada Vrvana, yang diasaskan oleh Bertrand Nepveu, dengan nilai $30 juta.[21][22] Vrvana Totem mampu menindih animasi warna sebenar yang sepenuhnya legap di atas dunia nyata berbanding pemaparan seakan hantu pada pemasang kepala AR yang lain, yang tidak boleh memaparkan warna hitam. Ia mampu berbuat demikian sambil mengelakkan sela masa yang kerap kelihatan antara kamera menangkap dunia luar sambil secara serentak mengekalkan medan penglihatan 120 darjah pada 90 Hz.[23] Inovasi Vrvana, termasuk pencahaya IR dan kamera inframerah untuk penjejakan ruang dan tangan, adalah penting kepada pembangunan pemasang kepala ini.[24] Menurut pembocor maklumat Wayne Ma, Apple pada asalnya bercadang untuk membenarkan perisian macOS ditarik daripada paparan ke dalam persekitaran pengguna, tetapi telah dibatalkan awal kerana had berasaskan iPadOS dan menyedari bahawa sistem penjejakan tangan tidak cukup tepat untuk permainan. Pekerja juga membincangkan kerjasama dengan jenama seperti Nike untuk bersenam dengan pemasang kepala ini, dan yang lain menyiasat kusyen muka yang lebih sesuai untuk senaman berpeluh dan berintensiti tinggi, tetapi dibatalkan kerana pek bateri dan skrin yang rapuh. Ciri yang dipanggil "co-presence"; iaitu unjuran seluruh badan pengguna FaceTime, juga dibatalkan atas sebab yang tidak diketahui.[25]
Pelancaran dan keluaran
[sunting | sunting sumber]Pada Mei 2022, Lembaga Pengarah Apple telah melihat pratonton peranti ini.[26] Syarikat itu mula mengambil pengarah dan pereka kreatif untuk membangunkan kandungan bagi pemasang kepala ini pada bulan Jun. Salah seorang pengarah tersebut, Jon Favreau, telah dilantik untuk menghidupkan dinosaur daripada rancangan Apple TV+ beliau Prehistoric Planet.[27] Jelang April, Apple juga berusaha untuk membawa pembangun bersama-sama untuk mencipta perisian dan perkhidmatan bagi pemasang kepala ini.[28] Apple menfailkan lebih daripada 5,000 paten untuk teknologi yang menyumbang kepada pembangunan Apple Vision Pro.[29]
Apple Vision Pro telah diumumkan di Persidangan Pembangun Seluruh Dunia 2023 (WWDC23) Apple pada 5 Jun 2023, untuk dilancarkan pada awal tahun 2024 di Amerika Syarikat pada harga permulaan US$3,499.[30][31]
Pada 6 Jun, sehari selepas pengumuman tersebut, Apple telah mengambil alih syarikat permulaan pemasang kepala AR iaitu Mira, yang teknologinya digunakan pada permainan Mario Kart di Super Nintendo World. Syarikat tersebut mempunyai kontrak dengan Tentera Udara Amerika Syarikat dan Tentera Laut Amerika Syarikat. Seramai sebelas orang pekerja syarikat itu telah diserap masuk.[32]
Pada 8 Januari 2024, Apple mengumumkan bahawa tarikh keluaran Apple Vision Pro di Amerika Syarikat adalah pada 2 Februari 2024.[33][6] Anggaran penghantaran awal berkisar antara 60,000 hingga 80,000 unit.[34] Pratempahan bermula pada 19 Januari 2024, jam 5:00 pagi PST[35] dan penghantaran pelancaran telah habis dijual dalam tempoh 18 minit.[36] Apple menjual sehingga 200,000 unit dalam tempoh pratempahan selama dua minggu,[37] di mana sebahagian besarnya akan dihantar lima hingga tujuh minggu selepas hari pelancaran.[38]
Ia juga sedia untuk dibeli di China, Hong Kong, Jepun, dan Singapura pada 28 Jun 2024, di Australia, Kanada, Perancis, Jerman, dan UK pada 12 Julai 2024, serta di Korea Selatan dan UEA pada 15 November 2024.[39][40]
Spesifikasi
[sunting | sunting sumber]Perakasan
[sunting | sunting sumber]
Apple Vision Pro terdiri daripada kira-kira 300 komponen.[41] Ia mempunyai paparan kaca berlapis melengkung di bahagian hadapan, rangka aluminium di bahagian tepi, kusyen fleksibel di bahagian dalam, dan jalur kepala boleh laras yang boleh ditanggalkan. Rangka tersebut mengandungi lima sensor, enam mikrofon, dan 12 kamera. Pengguna melihat dua paparan mikro-OLED 1.41-inci (3.6 cm) beresolusi 3660 × 3200 piksel[1] dengan jumlah 23 megapiksel yang biasanya berjalan pada 90 bingkai sesaat (FPS) menerusi kanta, tetapi boleh disesuaikan secara automatik kepada 96 atau 100 FPS bergantung pada kandungan yang dipaparkan. Mata dijejak oleh sistem LED dan kamera inframerah, yang membentuk asas kepada pengimbas iris peranti yang dinamakan Optic ID (digunakan untuk pengesahan, seperti Face ID pada iPhone). Motor yang dipasang secara mendatar menyesuaikan kanta mengikut kedudukan mata individu bagi memastikan imej yang jelas dan terfokus yang menjejak pergerakan mata secara tepat. Sensor seperti meter pecutan dan giroskop menjejak pergerakan muka, meminimumkan perbezaan antara dunia nyata dan imej yang dipaparkan.[41] Sisipan optik khas disokong untuk pengguna yang memakai cermin mata preskripsi, yang akan melekat secara magnetik pada kanta utama dan dibangunkan dengan kerjasama Carl Zeiss AG. Dua pembesar suara peranti ("Audio pods") terletak di dalam jalur kepala dan ditempatkan di hadapan telinga pengguna. Ia juga boleh memvisualisasikan bunyi keliling.[8][41] Dua kipas penyejuk berukuran kira-kira 4 cm (1.6 in) diameter ditempatkan berhampiran kedudukan mata untuk membantu dengan pelesapan haba disebabkan pemprosesan data kelajuan tinggi. Fungsi kawalan hingar aktif menapis bunyi yang mengganggu, termasuk bunyi kipas.[41] Semasa proses pesanan, pengguna mesti mengimbas muka mereka menggunakan iPhone atau iPad dengan Face ID untuk tujuan penyelarasan saiz; ini boleh dilakukan melalui aplikasi Apple Store atau di kedai runcit Apple Store.[42][43]
Apple Vision Pro menggunakan sistem atas cip Apple M2. Ia disertai oleh koproesor yang dikenali sebagai Apple R1, yang digunakan untuk pemprosesan input sensor masa nyata. Peranti ini boleh dibeli dengan tiga konfigurasi storan dalaman: 256 GB, 512 GB, dan 1 TB.[35] Ia dikuasakan oleh pek bateri luaran yang disambungkan melalui penyambung kunci di bahagian kiri jalur kepala, yang diputar untuk dikunci pada tempatnya.[44][7] Pek bateri tersebut menyambung ke pemasang kepala menggunakan varian penguncian 12-pin daripada penyambung Lightning yang boleh ditanggalkan menggunakan alat penyuntik SIM.[45]
Muka pengguna diimbas oleh pemasang kepala semasa persediaan untuk menghasilkan persona—iaitu avatar realistik yang digunakan oleh ciri OS.[46] Salah satu ciri tersebut ialah "EyeSight", iaitu skrin menghadap ke luar yang memaparkan mata persona pengguna. Matanya kelihatan malap apabila berada dalam AR dan terhalang apabila berada dalam keasyikan penuh untuk menunjukkan kesedaran persekitaran pengguna. Apabila orang lain mendekati atau bercakap, walaupun pengguna terasyik sepenuhnya, EyeSight menunjukkan mata maya persona mereka seperti biasa dan membuatkan orang lain itu kelihatan.[44][47]
Dail mahkota digital pada pemasang kepala digunakan untuk mengawal jumlah latar belakang maya yang memenuhi medan penglihatan pengguna, merangkumi pandangan realiti teradun di mana aplikasi dan media kelihatan terapung di persekitaran dunia nyata pengguna, sehingga menyembunyikan sepenuhnya persekitaran pengguna. Ia juga boleh digunakan secara alternatif untuk mengawal kelantangan pembesar suara peranti.[48][44]
Aksesori
[sunting | sunting sumber]
Aksesori pengguna pihak pertama untuk Apple Vision Pro termasuk bekas perjalanan berharga US$199, sisipan kanta buatan Zeiss berharga $99 atau $149 untuk pengguna dengan preskripsi penglihatan (bergantung pada preskripsi),[49] pengedap cahaya berharga $199, dan kusyen pengedap cahaya berharga $29. Satu-satunya aksesori pihak ketiga rasmi yang sedia ada semasa pelancaran ialah pemegang bateri yang dibuat oleh Belkin.[50][51][52]
Adaptor pihak pertama berharga $299 sedia ada dan hanya boleh dibeli oleh akaun Pembangun Apple berbayar yang berdaftar, yang menggantikan sambungan tali kepala sebelah kanan dan menambah port USB-C untuk kegunaan pembangun.[53][54][55] Kod daripada alat diagnostik telah mendedahkan bahawa adaptor tersebut mampu berinteraksi dengan Apple Vision Pro dalam mod diagnostik.[56]
Pada November 2024, telah diumumkan bahawa Apple akan menjual tali kepala Belkin untuk digunakan bersama Solo Knit Band.[57]
Perisian
[sunting | sunting sumber]Apple Vision Pro menjalankan visionOS (secara dalaman dipanggil xrOS sebelum perubahan minit terakhir menjelang WWDC[58]), yang diterbitkan terutamanya daripada rangka kerja teras iPadOS (termasuk UIKit, SwiftUI, dan ARKit), dan rangka kerja khusus MR untuk pemaparan foveat dan interaksi masa nyata.[30][31]
Sistem pengendalian ini menggunakan antaramuka pengguna 3D yang dinavigasi melalui penjejakan jari, penjejakan mata, dan pengecaman pertuturan. Pengguna boleh memilih elemen dengan melihatnya dan mencubit dua jari bersama, memindahkan elemen dengan menggerakkan jari yang dicubit, dan menatal dengan mengibaskan pergelangan tangan mereka. Aplikasi dipaparkan dalam tetingkap terapung yang boleh disusun dalam ruang 3D. visionOS menyokong papan kekunci maya untuk input teks, pembantu maya Siri, dan peranti persisian Bluetooth luaran termasuk Magic Keyboard, Magic Trackpad, dan pengawal permainan.[44][59] visionOS menyokong cerminan skrin ke peranti Apple lain menggunakan AirPlay.[60] visionOS boleh mencerminkan paparan utama peranti macOS melalui ciri "Mac Virtual Display"; Mac juga boleh dikawal menggunakan peranti persisian yang dipadankan dengan pemasang kepala.[60]
visionOS menyokong aplikasi vision daripada App Store, dan mempunyai keserasian kebelakang dengan aplikasi iOS dan iPadOS terpilih; pembangun dibenarkan untuk menarik diri daripada keserasian visionOS.[61] Netflix, Spotify, dan YouTube secara khususnya mengumumkan bahawa mereka tidak akan mengeluarkan aplikasi visionOS semasa pelancaran, mahupun menyokong aplikasi iOS mereka pada platform tersebut, dan mengarahkan pengguna untuk menggunakan versi web mereka dalam Safari.[62] Penganalisis mencadangkan bahawa ini mungkin berpunca daripada hubungan yang tegang antara syarikat-syarikat tersebut dengan Apple mengenai dasar App Store seperti perkongsian hasil wajib 30%, termasuk dakwaan antiamalihan yang berkaitan.[63][64] Dalam satu temu bual, ketua pegawai eksekutif bersama Netflix Greg Peters menyatakan bahawa Apple Vision Pro adalah terlalu khusus (niche) untuk disokong oleh syarikat buat masa ini, tetapi "kami sentiasa dalam perbincangan dengan Apple untuk cuba menyelesaikan perkara itu".[65] Jurucakap YouTube kemudiannya menyatakan kepada The Verge bahawa perkhidmatan tersebut mempunyai rancangan untuk membangunkan aplikasi visionOS pada masa hadapan.[66]
Penerimaan
[sunting | sunting sumber]Prakeluaran dan pembukaan tirai
[sunting | sunting sumber]
Sebelum keluaran rasmi Apple Vision Pro, Samuel Axon daripada Ars Technica menyatakan bahawa Apple Vision Pro adalah "sesuatu yang tidak pernah saya lihat sebelum ini", sambil memuji keintuitifan antaramuka penggunanya dalam demo tersusun yang diberikan oleh Apple, serta memuji demo demonstrasi teknologi dinosaur kerana keasyikannya. Axon berkata bahawa papapannya agak malap tetapi "jauh lebih baik daripada pemasang kepala lain yang pernah saya gunakan, walaupun ia masih belum sempurna", dan bahawa persona kelihatan "sureal" tetapi menyampaikan bahasa badan dengan lebih baik daripada avatar yang lebih bergaya (seperti Animoji atau Horizon Worlds).[43] Beliau berhujah bahawa Apple Vision Pro bukannya platform realiti maya (VR), dan bukannya pesaing kepada siri produk Quest (sebelum ini Oculus) daripada Meta Platforms, disebabkan kedudukannya sebagai "peranti AR terutamanya yang kebetulan mempunyai beberapa ciri VR", dan bukannya sebagai produk pengguna pasaran massa.[43] Syarikat media mendapati bahawa Meta telah mengumumkan Meta Quest 3 tidak lama sebelum WWDC, seolah-olah sebagai persediaan menghadapi pengumuman Apple.[67][68][69] Ekoran daripadanya, Ketua Pegawai Eksekutif Meta Mark Zuckerberg menyatakan beliau telah mencuba pemasang kepala tersebut dan menyukai resolusi paparan serta penjejakan matanya, tetapi masih percaya bahawa Quest 3 ialah "produk yang lebih baik" disebabkan harganya yang lebih rendah dan ekosistem "tertutup" Apple.[70]
Jay Peters daripada The Verge turut menyahut pandangan yang sama bahawa Apple tidak mempersembahkan Apple Vision Pro sebagai platform VR atau menggelar peranti itu sebagai pemasang kepala (headset). Beliau mengesihkannya sebagai peranti AR dan "pengkomputeran ruang", serta hanya menunjukkan permainan bukan VR yang dipaparkan dalam tetingkap dan dikawal menggunakan pad permainan luaran, bukannya pengalaman asyik sepenuhnya seperti permainan dan platform sosial (termasuk pengawal gerakan). Beliau mencadangkan bahawa kedudukan ini "memberi ruang fleksibel untuk masa depan teknologi ini yang berkemungkinan tidak kelihatan seperti pemasang kepala VR yang besar: cermin mata AR".[71] Garis panduan App Store untuk visionOS juga menyatakan bahawa pembangun hendaklah merujuk perisian visionOS sebagai "pengalaman pengkomputeran ruang" atau "aplikasi vision", dan mengelakkan penggunaan istilah seperti "realiti terimbuh" (augmented reality) dan "realiti teradun" (mixed reality).[72][73]
Selepas pengumuman awal Apple Vision Pro, ia telah dikritik kerana kosnya yang tinggi, yang dianggap terlalu mahal untuk menjadi produk aliran perdana;[74][75][76] tiga komponen paling mahal dalam Apple Vision Pro ialah tatasusunan kamera dan sensor, dua cip Apple silicon, serta paparan realiti maya mikro-OLED kembar 4K. Apple dilaporkan sedang mengusahakan model yang lebih murah yang dijadualkan untuk dikeluarkan pada penghujung tahun 2025 dan model generasi kedua dengan pemproses yang lebih pantas.[77] Apple Vision Pro juga berhadapan kritikan mengenai hayat baterinya yang singkat,[78] kelihatan mengganggu orang lain,[78] serta ketiadaan input HDMI[79][80] dan maklum balas haptik.[78]
Ulasan
[sunting | sunting sumber]
Apple Vision Pro menerima ulasan bercampur-campur hingga positif. Nilay Patel daripada The Verge memuji reka bentuk pemasang kepala itu yang lebih premium dan kurang kelihatan "aneh" berbanding pemasang kepala VR lain yang sedia ada, merasakan paparannya "secara keseluruhannya luar biasa" dari segi ketajaman dan kecerahan, mempunyai hantaran video (passthrough) berkualiti paling tinggi yang pernah dilihatnya pada pemasang kepala MR (walaupun mempunyai medan penglihatan yang lebih sempit berbanding Meta Quest 3), dan pembesar suaranya mempunyai kesan audio ruang yang "meyakinkan". Walau bagaimanapun, beliau merasakan bahawa terdapat "begitu banyak teknologi dalam peranti ini yang terasa seperti magis apabila ia berfungsi dan sangat mengecewakan apabila ia tidak berfungsi", mencontohkan kamera hantaran (yang "tidak dapat mengatasi sifat semula jadi kamera dan paparan"), penjejakan mata dan tangan yang "tidak konsisten" dan "mengecewakan" untuk digunakan (dengan bahagian antaramuka visionOS memerlukan ketepatan yang tidak dapat dipenuhi oleh sistem penjejakan mata), visionOS kekurangan alat pengurusan tetingkap seperti Expose atau Stage Manager, serta ciri persona dan EyeSight yang kelihatan tidak wajar (dengan kebolehlihatan EyeSight terjejas disebabkan paparan yang malap dan beresolusi rendah yang dilitupi kaca pantulan). Patel merasakan bahawa Apple Vision Pro bertujuan untuk menjadi kit pembangunan bagi cermin mata AR masa hadapan, kerana bentuk peranti sedia ada—dari sudut pandangan teknologi dan falsafah—terlalu mengehadkan ambisi Apple, dan "mungkin secara tidak sengaja mendedahkan bahawa sesetengah idea teras ini sebenarnya adalah jalan buntu."[81]
Joanna Stern daripada The Wall Street Journal menyuarakan pandangan yang sama, berhujah bahawa ia adalah "pemasang kepala realiti teradun terbaik yang pernah saya cuba", dan "begitu banyak perkara yang boleh dilakukan oleh Vision Pro terasa seperti sains fiksyen", tetapi "syarikat-syarikat ini tahu ini bukanlah peranti yang benar-benar kita mahukan. Mereka semua sedang berusaha ke arah membina pengalaman maya ke dalam sesuatu yang lebih kelihatan seperti sepasang cermin mata biasa. Sehingga waktu itu tiba, mereka hanya bermain-main dengan fikiran kita."[82]
Reaksi awam
[sunting | sunting sumber]Ulasan daripada pembeli Apple Vision Pro adalah bercampur-campur. Seorang individu cuba memandu sambil menggunakan peranti tersebut, yang mana Apple memberi amaran mengenainya dalam manual pengguna Apple Vision Pro.[83] Pengguna lain memuat naik video mereka menggunakan peranti tersebut sambil berjalan, satu ciri yang tidak disokong secara rasmi semasa pelancaran.[84]
Sesetengah orang mengeksperimen dengan memasak sambil memakai pemasang kepala tersebut, yang tidak disyorkan oleh Apple. Ini membolehkan pengguna melihat arahan langkah demi langkah dengan mudah semasa memasak.[85] Penggunaannya juga telah didokumentasikan sebagai alat berpotensi dalam bilik pembedahan; kes kegunaan tambahan termasuk pendidikan, produktiviti, jualan, kolaborasi, dan kembar digital.[86][87]
Cacat binaan
[sunting | sunting sumber]Tidak lama selepas pelancaran, beberapa pemilik melaporkan retakan halus muncul secara spontan pada paparan hadapan di atas tetulang hidung.[88][89][90]
Varian M5 (2025)
[sunting | sunting sumber]Penambahbaikan perakasan
[sunting | sunting sumber]Pada 15 Oktober 2025, Apple memperkenalkan model Vision Pro terkini yang dikuasakan oleh cip Apple M5. Berbanding cip M2 yang digunakan pada model terdahulu, M5 menampilkan lebih banyak teras CPU, GPU yang dipertingkatkan, serta Enjin Neural yang ditambah baik. Cip R1 terus mengendalikan pemprosesan sensor.[91]
Cip yang ditambah baik ini membolehkan Vision Pro memaparkan 10 peratus lebih banyak piksel pada paparan mikro-OLED berbanding model asal, menghasilkan imej yang lebih tajam dan teks yang lebih jelas. Pemasang kepala ini juga kini boleh meningkatkan kadar segar semulanya sehingga 120 Hz (berbanding maksimum 100 Hz pada model M2) untuk mengurangkan kekaburan gerakan.[11]
Dual Knit Band
[sunting | sunting sumber]Varian M5 memperkenalkan "Dual Knit Band" baharu sebagai pilihan jalur kepala standard, yang direka untuk menangani kebanyakan aduan berkaitan keselesaan pada model terdahulu. Jalur ini serupa dengan Solo Knit Band pada model terdahulu, tetapi turut menampilkan tali kepala bahagian atas untuk memberi lebih sokongan kepada kepala pengguna. Sisipan tungsten telah ditambah pada tali bahagian bawah untuk bertindak sebagai pemberat imbangan bagi kestabilan dan keseimbangan.[11] Dual Knit Band juga dijual secara berasingan, dan serasi dengan Vision Pro generasi terdahulu.
Pengeluaran
[sunting | sunting sumber]Pratempahan untuk M5 Vision Pro bermula pada 15 Oktober 2025 di Australia, Kanada, Perancis, Jerman, Hong Kong, Jepun, UEA, UK, dan AS, disusuli oleh China dan Singapura pada 17 Oktober. Peranti ini sedia ada di lokasi Apple Store pada 22 Oktober 2025. Model ini diletakkan pada harga yang sama dengan model terdahulu, iaitu US$3,499 untuk model 256 GB, dengan konfigurasi 512 GB dan 1 TB turut sedia ada.[11]
Peranti ini dilancarkan di Korea Selatan dan Taiwan pada 28 November 2025.[92]
Pada 25 Jun 2026, harga permulaan Apple Vision Pro telah dinaikkan kepada $3699.[93]
Pengalaman pengguna
[sunting | sunting sumber]Pengalaman pengguna Apple Vision Pro berpusat pada antaramuka visionOS miliknya, yang bergantung pada penjejakan mata, gerak isyarat tangan, dan input suara sebagai bentuk interaksi utama.[94] Pengulas mendapati bahawa persekitaran pengkomputeran ruangnya membolehkan pengguna menavigasi aplikasi dan media dalam ruang kerja berorientasikan pelbagai tugas yang asyik. Walaupun banyak penilaian menonjolkan keintuitifan kawalannya, sesetengah pengguna melaporkan ketidakselesaan berkaitan berat peranti, pemakaian berpanjangan, dan ketegangan penglihatan.[95]
Kebolehaksesan dan keselesaan
[sunting | sunting sumber]Apple Vision Pro merangkumi pelbagai tetapan kebolehaksesan yang bertujuan untuk menampung pengguna yang mempunyai keupayaan fizikal dan deria yang berbeza. Ini termasuk ciri seperti VoiceOver, arahan Siri, Kawalan Penunjuk, Kawalan Dwell, Zum, Pembaca Kebolehaksesan dan sokongan Braille.[96]
Satu ciri kebolehaksesan utama yang patut ditonjolkan ialah Kawalan Dwell (Dwell Control), yang dicatatkan oleh beberapa penyelidik mempunyai isu jelas dengan ciri seperti "cubit untuk pilih" yang biasa pada mesin VR. Ia boleh menimbulkan banyak cabaran bagi pengguna dengan kecacatan motor anggota badan bahagian atas, termasuk mereka yang terjejas akibat artritis.[97] Kawalan Dwell menangani masalah ini dengan membolehkan pengguna memilih item hanya dengan menumpukan pandangan mereka pada item tersebut untuk tempoh yang singkat, sekali gus mengurangkan keperluan gerak isyarat fizikal.
Vision Pro telah dinilai menggunakan senarai heuristik Derby Dozen berbanding Meta Quest 3 untuk menilai kebolehaksesan dan keselesaan bagi pengguna. Dalam kajian tersebut, walaupun kedua-duanya mendapat skor tinggi dalam heuristik, penilai mendapati bahawa kedua-dua peranti bergelut dengan berat pada muka dan tulang pipi pengguna serta ketegangan mata yang berpotensi berpunca daripada keupayaan penjejakan mata mereka.[95]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- 1 2 Vision Pro Teardown Part 2 - Is the Apple Vision Pro Really 4K?. iFixit. February 7, 2024. Peristiwa berlaku pada 1:36. Dicapai pada February 8, 2024 – melalui YouTube.
- 1 2 "Technical Specifications". Apple. Diarkibkan daripada yang asal pada January 22, 2024. Dicapai pada 2024-01-22.
- ↑ "Air Cover 2.1 for Apple Vision Pro". Dicapai pada 2025-01-03.
- ↑ "Apple's EyeSight Feature on Vision Pro Is Creepier Than It Needs to Be". CNET (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada August 8, 2023. Dicapai pada August 8, 2023.
- ↑ Wong, Aloysius (June 5, 2023). "Apple announces new VR headset Vision Pro, to launch next year". CBC News. Dicapai pada June 7, 2023.
- 1 2 "Apple Vision Pro available in the U.S. on February 2". Apple Newsroom (dalam bahasa Inggeris AS). Diarkibkan daripada yang asal pada January 8, 2024. Dicapai pada 2024-01-19.
- 1 2 Patel, Nilay (2024-01-30). "Apple Vision Pro review: magic, until it's not". The Verge (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-02-06.
- 1 2 "Apple Vision Pro". Apple (dalam bahasa Inggeris AS). Diarkibkan daripada yang asal pada June 5, 2023. Dicapai pada June 5, 2023.
- ↑ "visionOS Overview". Apple Developer (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-02-06.
- ↑ "What does EyeSight show?". Apple Support (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-02-06.
- 1 2 3 4 "Apple Vision Pro upgraded with the M5 chip and Dual Knit Band". Apple Newsroom (dalam bahasa Inggeris AS). Dicapai pada 2025-10-15.
- ↑ Wakabayashi, Daisuke (May 28, 2015). "Apple Buys German Augmented-Reality Firm Metaio". The Wall Street Journal. Diarkibkan daripada yang asal pada May 17, 2023. Dicapai pada June 5, 2023.
- ↑ Gurman, Mark (April 24, 2017). "Apple Hires NASA AR Guru to Help Run Its Own Efforts". Bloomberg News. Diarkibkan daripada yang asal pada September 20, 2022. Dicapai pada June 5, 2023.
- 1 2 Gurman, Mark (December 1, 2022). "Apple Renames Mixed-Reality Software 'xrOS' in Sign Headset Is Approaching". Bloomberg News (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada May 13, 2023. Dicapai pada May 27, 2023.
- ↑ Ma, Wayne (May 20, 2022). "Behind the Apple Design Decisions That Bogged Down Its Mixed-Reality Headset". The Information. Diarkibkan daripada yang asal pada May 9, 2023. Dicapai pada June 5, 2023.
- ↑ Mickle, Tripp; Chen, Brian (March 26, 2023). "At Apple, Rare Dissent Over a New Product: Interactive Goggles". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada June 5, 2023. Dicapai pada June 5, 2023.
- ↑ Gurman, Mark (June 5, 2023). "Live: Apple Headset, iOS 17 and Other WWDC 2023 Updates". Bloomberg News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada June 6, 2023.
- ↑ Evans, Jonny (May 21, 2018). "Will Apple play nice with others to make Siri smarter?". Computerworld (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada May 28, 2023. Dicapai pada May 28, 2023.
- ↑ Mickle, Tripp; Chen, Brian X. (March 26, 2023). "At Apple, Rare Dissent Over a New Product: Interactive Goggles". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada June 5, 2023. Dicapai pada June 12, 2023.
- ↑ Lawler, Richard (January 18, 2023). "Apple reportedly shelved its plans to release AR glasses anytime soon". The Verge. Diarkibkan daripada yang asal pada June 5, 2023. Dicapai pada June 5, 2023.
- ↑ "Bertrand Nepveu: Innovator Behind Vrvana and Apple Vision Pro". Radio-Canada. January 27, 2023. Dicapai pada January 20, 2025.
- ↑ Carbotte, Kevin (October 21, 2016). "Vrvana Totem Mixed Reality HMD Prototype: Beyond Expectations". Tom's Hardware (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada June 12, 2023.
- ↑ Matney, Lucas; Ingrid Lunden (November 21, 2017). "Apple acquired augmented reality headset startup Vrvana for $30M". TechCrunch. Diarkibkan daripada yang asal pada November 22, 2017. Dicapai pada June 12, 2023.
- ↑ Haider, Waquar (October 31, 2024). "How Vrvana's Technology Influenced the Vision Pro". Mashable ME (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada January 20, 2025.
- ↑ "Vision Pro: What features were killed and what could still be coming - 9to5Mac".
- ↑ Gurman, Mark (May 19, 2022). "Apple Shows AR/VR Headset to Board in Sign of Progress on Key Project". Bloomberg News. Diarkibkan daripada yang asal pada December 17, 2022. Dicapai pada June 5, 2023.
- ↑ Mickle, Tripp; Chen, Brian (June 4, 2022). "Apple Starts Connecting the Dots for Its Next Big Thing". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada June 5, 2023. Dicapai pada June 5, 2023.
- ↑ Gurman, Mark (April 18, 2023). "Apple's AR/VR Headset to Feature Sports, Gaming, iPad Apps and Workouts". Bloomberg News. Diarkibkan daripada yang asal pada June 5, 2023. Dicapai pada June 5, 2023.
- ↑ Cross, Jason (June 5, 2023). "Apple Vision Pro: Apple's big bet on a brand-new platform starts at $3,499". Macworld. Diarkibkan daripada yang asal pada June 6, 2023. Dicapai pada June 5, 2023.
- 1 2 Wiggers, Kyle (June 5, 2023). "visionOS is Apple's latest operating system". TechCrunch (dalam bahasa Inggeris AS). Diarkibkan daripada yang asal pada June 8, 2023. Dicapai pada June 7, 2023.
- 1 2 "WWDC 2023 Biggest Reveals: Vision Pro Headset, iOS 17, MacBook Air and More". CNET (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada June 9, 2023. Dicapai pada June 7, 2023.
- ↑ Schiffer, Zoe; Heath, Alex (June 6, 2023). "Apple has bought an AR headset startup called Mira". The Verge. Diarkibkan daripada yang asal pada June 9, 2023. Dicapai pada June 6, 2023.
- ↑ "Apple Vision Pro available in the U.S. on February 2". Apple Newsroom. Diarkibkan daripada yang asal pada January 8, 2024. Dicapai pada January 8, 2024.
- ↑ "Kuo: Apple Will Only Produce Up to 80,000 Vision Pro Headsets for Launch, Sellout Likely". MacRumors (dalam bahasa Inggeris). 2024-01-11. Diarkibkan daripada yang asal pada January 19, 2024. Dicapai pada 2024-01-19.
- 1 2 "Apple Vision Pro pre-orders are now open". Engadget (dalam bahasa Inggeris AS). 2024-01-19. Diarkibkan daripada yang asal pada January 31, 2024. Dicapai pada 2024-01-19.
- ↑ "Apple Vision Pro shipment dates slip nearly instantly". AppleInsider (dalam bahasa Inggeris). 2024-01-19. Diarkibkan daripada yang asal pada January 19, 2024. Dicapai pada 2024-01-20.
- ↑ "Apple Has Sold Approximately 200,000 Vision Pro Headsets". MacRumors (dalam bahasa Inggeris). 2024-01-29. Diarkibkan daripada yang asal pada January 30, 2024. Dicapai pada 2024-01-30.
- ↑ "Kuo: Apple Has Already Sold Up to 180,000 Vision Pro Headsets". MacRumors (dalam bahasa Inggeris). 2024-01-22. Diarkibkan daripada yang asal pada January 30, 2024. Dicapai pada 2024-01-30.
- ↑ "Apple Vision Pro arrives in new countries and regions beginning June 28". Apple Newsroom (dalam bahasa Inggeris AS). Dicapai pada 2024-11-13.
- ↑ Haider, Waquar (2024-10-31). "Apple Vision Pro set to launch in South Korea and the UAE next month". Mashable ME (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-11-13.
- 1 2 3 4 Ban, Masaharu; Eguchi, Ryosuke (February 28, 2024). Shiraishi, Takeshi; Tsunashima, Yuta; Nitta, Yuichi (penyunting). "Vision Pro teardown". Nikkei Asia. Diarkibkan daripada yang asal pada March 1, 2024.
- ↑ "Apple Vision Pro pre-orders require a FaceID scan with an iPhone or iPad". Engadget (dalam bahasa Inggeris AS). 2024-01-12. Diarkibkan daripada yang asal pada January 26, 2024. Dicapai pada 2024-01-26.
- 1 2 3 Axon, Samuel (June 6, 2023). "Hands-on with Apple Vision Pro: This is not a VR headset". Ars Technica (dalam bahasa Inggeris AS). Diarkibkan daripada yang asal pada June 10, 2023. Dicapai pada June 7, 2023.
- 1 2 3 4 Goode, Lauren (June 5, 2023). "Apple's Mixed-Reality Headset, Vision Pro, Is Here". Wired. Diarkibkan daripada yang asal pada June 5, 2023. Dicapai pada June 5, 2023.
- ↑ Davis, Wes (January 31, 2024). "Apple's Vision Pro battery pack is hiding the final boss of Lightning cables". The Verge. Diarkibkan daripada yang asal pada January 31, 2024. Dicapai pada January 31, 2024.
- ↑ Roth, Emma (June 5, 2023). "Apple's Vision Pro headset will turn you into a digital avatar when FaceTiming". The Verge (dalam bahasa Inggeris AS). Diarkibkan daripada yang asal pada June 9, 2023. Dicapai pada June 8, 2023.
- ↑ Song, Victoria (2024-01-16). "Apple Vision Pro hands-on, again, for the first time". The Verge (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada January 28, 2024. Dicapai pada 2024-01-28.
- ↑ Wiggers, Kyle (June 5, 2023). "Apple Vision Pro: Here's everything you need to know". TechCrunch (dalam bahasa Inggeris AS). Diarkibkan daripada yang asal pada June 9, 2023. Dicapai pada June 7, 2023.
- ↑ "ZEISS Optical Inserts" (dalam bahasa Inggeris AS). Dicapai pada 2024-02-06 – melalui Apple.com.
- ↑ "Apple Vision Pro accessories: $200 Travel Case, $200 Battery, $200 Light Seal, and more". Dicapai pada 2024-02-08.
- ↑ Casey, Henry T. (2024-02-02). "The 9 best Apple Vision Pro accessories to check out for your new headset". CNN Underscored (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-02-08.
- ↑ "Here's how much the Vision Pro's accessories cost". January 19, 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada February 3, 2024. Dicapai pada February 3, 2024.
- ↑ Khalid, Amrita (2024-02-03). "Apple's $299 Developer Strap dongle adds a USB-C port to your Vision Pro" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada February 3, 2024. Dicapai pada 2024-02-05 – melalui The Verge.
- ↑ "Apple Now Selling $300 Developer Strap for Vision Pro". MacRumors (dalam bahasa Inggeris). 2024-02-02. Diarkibkan daripada yang asal pada February 3, 2024. Dicapai pada 2024-02-05.
- ↑ Espósito, Filipe (2024-02-02). "Apple selling $300 Developer Strap with USB-C port for Vision Pro". 9to5Mac (dalam bahasa Inggeris AS). Diarkibkan daripada yang asal pada February 3, 2024. Dicapai pada 2024-02-05.
- ↑ "Apple Vision Pro's Developer Strap and Diagnostics Mode Revealed in More Detail". February 2, 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada February 3, 2024. Dicapai pada February 3, 2024.
- ↑ "Apple to Sell Belkin Head Strap for Use With Vision Pro's Solo Knit Band [Now Available]". MacRumors (dalam bahasa Inggeris). 2024-11-02. Dicapai pada 2025-04-18.
- ↑ "Apple visionOS was called 'xrOS' before last-minute change, WWDC23 keynote and developer sessions confirm it". The Apple Post (dalam bahasa Inggeris British). June 9, 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada October 15, 2023. Dicapai pada October 13, 2023.
- ↑ Peters, Jay (June 5, 2023). "Apple announces visionOS, the operating system for its Vision Pro headset". The Verge. Diarkibkan daripada yang asal pada June 5, 2023. Dicapai pada June 5, 2023.
- 1 2 "Your Mac and Apple Vision Pro: What You Can Do (and What You Can't)". MacRumors (dalam bahasa Inggeris). 2024-01-25. Diarkibkan daripada yang asal pada January 26, 2024. Dicapai pada 2024-01-26.
- ↑ Roth, Emma (June 10, 2023). "The Vision Pro's biggest advantage isn't Apple's hardware". The Verge (dalam bahasa Inggeris AS). Diarkibkan daripada yang asal pada August 27, 2023. Dicapai pada August 27, 2023.
- ↑ Spangler, Todd (2024-01-19). "Apple's Vision Pro Won't Have Netflix, YouTube or Spotify Apps at Launch". Variety (dalam bahasa Inggeris AS). Dicapai pada 2024-02-06.
- ↑ Pierce, David (2024-01-20). "The Vision Pro's first killer app is the web, whether Apple likes it or not". The Verge (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada January 26, 2024. Dicapai pada 2024-01-24.
- ↑ Gurman, Mark (2024-01-18). "Bloomberg - YouTube and Spotify Won't Launch Apple Vision Pro Apps, Joining Netflix". Bloomberg.com. Diarkibkan daripada yang asal pada January 23, 2024. Dicapai pada 2024-01-20.
- ↑ Wilson, Mark (2024-01-25). "Netflix says the Apple Vision Pro is way too niche for it to make an app for the headset". TechRadar (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada January 26, 2024. Dicapai pada 2024-01-26.
- ↑ Patel, Nilay (2024-02-05). "YouTube says a Vision Pro app is 'on the roadmap'". The Verge (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-02-06.
- ↑ Turner, Nick (June 1, 2023). "Meta Announces $500 Quest 3 Headset Just Ahead of Apple Launch". Bloomberg News. Diarkibkan daripada yang asal pada February 5, 2024. Dicapai pada June 1, 2023.
- ↑ Holt, Kris (June 1, 2023). "The Meta Quest 3 is a $499 mixed reality headset with full-color passthrough". Engadget. Diarkibkan daripada yang asal pada June 1, 2023. Dicapai pada June 1, 2023.
- ↑ Lyles, Taylor (June 1, 2023). "Meta Officially Announces the Quest 3". IGN. Diarkibkan daripada yang asal pada June 1, 2023. Dicapai pada June 1, 2023.
- ↑ Duffy, Clare (2024-02-14). "Mark Zuckerberg says Meta's Quest 3 is the clear winner compared to Apple's Vision Pro". CNN (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-02-15.
- ↑ Peters, Jay (June 7, 2023). "Apple made a VR headset, but it'll never admit it". The Verge (dalam bahasa Inggeris AS). Diarkibkan daripada yang asal pada June 9, 2023. Dicapai pada June 7, 2023.
- ↑ Evans, Jonny (2024-01-09). "How to think about Apple and spatial computing". Computerworld (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada February 3, 2024. Dicapai pada 2024-01-16.
- ↑ "Apple asks developers not to refer to their visionOS apps as 'AR' or 'VR'". 9to5mac. 2024-01-08. Diarkibkan daripada yang asal pada February 5, 2024. Dicapai pada 2024-01-16.
- ↑ Daniel Piper (June 6, 2023). "Apple Vision Pro: The good, the bad and the ugly". Creative Bloq. Diarkibkan daripada yang asal pada February 5, 2024. Dicapai pada July 6, 2023.
- ↑ Syme, Pete. "The crowd at the unveiling of Apple's Vision Pro headset let out a collective groan when they found out how wildly expensive it was". Business Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada February 5, 2024. Dicapai pada July 6, 2023.
- ↑ Plant, Logan (June 12, 2023). "Fans React to Apple Vision Pro Announcement With Memes, Shock Over Price Point". IGN. Diarkibkan daripada yang asal pada June 12, 2023. Dicapai pada July 4, 2023.
- ↑ "How Apple Can Bring Down the Price of Apple Vision Headset From $3,500". Bloomberg.com (dalam bahasa Inggeris). June 11, 2023. Dicapai pada June 13, 2023.
- 1 2 3 Jalan, Ayush (June 6, 2023). "Everything We Dislike About Apple's Vision Pro AR/VR Headset". MakeUseOf. Diarkibkan daripada yang asal pada September 4, 2023. Dicapai pada September 4, 2023.
- ↑ Cranz, Alex (June 14, 2023). "The Apple Vision Pro might be a TV, but it won't replace the TV". The Verge. Diarkibkan daripada yang asal pada Oct 25, 2023.
- ↑ Knibbs, Kate (Jun 8, 2023). "Apple's Vision Pro Isn't the Future". Wired. Diarkibkan daripada yang asal pada Nov 21, 2023.
- ↑ Patel, Nilay (2024-01-30). "Apple Vision Pro review: magic, until it's not". The Verge (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada February 1, 2024. Dicapai pada 2024-02-01.
- ↑ Stern, Joanna (Jan 30, 2024). "Apple Vision Pro Review: The Best Headset Yet Is Just a Glimpse of the Future". The Wall Street Journal. Diarkibkan daripada yang asal pada January 31, 2024. Dicapai pada Feb 1, 2024.
- ↑ Kastrenakes, Jacob (2024-02-02). "It's been 10 hours". The Verge (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada February 5, 2024. Dicapai pada 2024-02-05.
- ↑ Davis, Wes (2024-02-04). "You can't walk and Vision Pro at the same time". The Verge (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada February 5, 2024. Dicapai pada 2024-02-05.
- ↑ Potuck, Michael (2024-02-12). "Can you cook with Vision Pro? Here are the pros and cons [Video]". 9TO5Mac (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-02-12.
- ↑ Technologies, Unity. "Start Creating Industry Apps for Apple Vision Pro | Unity Industry". unity.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-03-06.
- ↑ Armstrong, David G.; Bazikian, Sebouh; Armstrong, Alexandria A.; Clerici, Giacomo; Casini, Andrea; Pillai, Anand (2024-03-04). "An Augmented Vision of Our Medical and Surgical Future, Today?". Journal of Diabetes Science and Technology (dalam bahasa Inggeris). 18 (4): 968–973. doi:10.1177/19322968241236458. ISSN 1932-2968. PMC 11307216. PMID 38439541.
- ↑ Hardwick, Tim (February 23, 2024). "Handful of Apple Vision Pro Units Develop Identical Crack in Cover Glass". MacRumors. Dicapai pada February 25, 2024.
- ↑ Song, Victoria (February 23, 2024). "Vision Pro owners are reporting a mysterious crack in the front glass". The Verge. Dicapai pada February 25, 2024.
- ↑ Holt, Kris (February 23, 2024). "Some Apple Vision Pro units reportedly developed a similar hairline crack on the front glass". Engadget. Dicapai pada February 25, 2024.
- ↑ "Apple Vision Pro - Technical Specifications". Apple (dalam bahasa Inggeris AS). Dicapai pada 2025-10-15.
- ↑ "M5 칩과 듀얼 니트 밴드를 탑재한 Apple Vision Pro, 11월 28일 대한민국에 출시" [Apple Vision Pro with M5 chip and dual knit band to launch in South Korea on November 28th]. Apple (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2025-11-21.
- ↑ Charlton, Hartley (June 25, 2026). "Apple Vision Pro Just Got Even More Expensive". MacRumors. Dicapai pada June 25, 2026.
- ↑ Carolin, Wienrich (2025). "Immersion, Attention, and Collaboration in Spatial Computing: A Study on Work Performance with Apple Vision Pro". IEEE Transactions on Visualization and Computer Graphics. 31 (5): 2995–3002. doi:10.1109/TVCG.2025.3549145.
- 1 2 Aros, M., Arnold, H., & Chaparro, B. (2025). Exploring Device Usability: A Heuristic Evaluation of the Apple Vision Pro and Meta Quest 3. In C. Stephanidis, S. Ntoa, M. Antona, & G. Salvendy (Eds.), HCI International 2025 Posters (pp. 3–12). Springer Nature Switzerland. https://doi.org/10.1007/978-3-031-94150-4_1
- ↑ "Apple unveils powerful accessibility features coming later this year". Apple Newsroom (Canada) (dalam bahasa Inggeris Kanada). Dicapai pada 2025-11-20.
- ↑ Pococke, Lauren; Jicol, Crescent; Lutteroth, Christof; Clarke, Christopher (2025-10-22). "How Accessible are Virtual Reality Freehand Gestures? Understanding Barriers for Users with Upper Limb Motor Impairments". Proceedings of the 27th International ACM SIGACCESS Conference on Computers and Accessibility. ASSETS '25. New York, NY, USA: Association for Computing Machinery. m/s. 1–18. doi:10.1145/3663547.3746402. ISBN 979-8-4007-0676-9.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Sumber CS1 bahasa Inggeris AS (en-us)
- Sumber CS1 bahasa Inggeris Kanada (en-ca)
- Perakasan Apple Inc.
- Produk diperkenalkan pada 2024
- Pemasang kepala realiti maya
- Peranti boleh pakai
- Realiti terimbuh
- Realiti maya
- Realiti teradun
- Pengkomputeran ruang
- 2024 dalam permainan video
- VisionOS
- Pengenalan berkaitan komputer pada 2024