Pergi ke kandungan

Super A'Can

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Funtech Super A'Can
PengilangFuntech
JenisKonsol permainan video
GenerasiGenerasi keempat (era 16-bit)
Ketersediaan runcitTaiwan October 1995
Sistem pengendaliantiada
CPUMotorola 68000 16-bit, 8-bit MOS 6502
Kameratiada

Super A'Can merupakan sebuah konsol permainan video yang telah dikeluarkan oleh syarikat Funtech untuk pasaran di Taiwan sahaja. Kebanyakkan orang menganggap bahawa konsol ini merupakan konsol yang telah disalin semula dari konsol SNES (Super Nintendo Entertainment Systems) kerana reka bentuk yang seakan sama dengan konsol SNES dan cip mikropemproses yang sama dengan konsol SNES iaitu Motorola 68000[1].

Konsol ini dikatakan gagal kerana teknologi 16-bit pada ketika ia dikeluarkan sudah berakhir dan dijual pada harga yang sangat tinggi menyebabkan tidak ramai pengguna membeli konsol ini. Tambahan pula, konsol ini hanya dijual dalam pasaran Taiwan menyebabkan ianya jarang ditemui di dunia ini[1].

Spesifikasi

[sunting | sunting sumber]

Konsol ini boleh dikatakan mempunyai spesifikasi yang agak tinggi kerana menggunakan dua teras cip mikropemproses Motorola yang mampu menjana 32 768 palet warna[1]. Walau bagaimanapun, konsol ini dikeluarkan pada ketika era 16-bit pada konsol permainan video yang akan berakhir, di mana kebanyakkan pengeluar konsol sudah sedia dengan konsol yang berteraskan 32-bit cip mikropemproses.

Sistem teras
Cip mikropemproses Utama: 16-bit Motorola 68000 berkelajuan 10.6 MHz
Kedua: 8-bit Motorola 6502 berkelajuan 3.58 MHz
RAM 64 KB
RAM video 128 KB
Grafik dan suara
Palet warna 32 768 warna
Resolusi skrin 320 x 240
Saluran audio 16 saluran audio

Senarai permainan video

[sunting | sunting sumber]

Sebanyak 12 buah permainan video dipercayai telah dibangunkan untuk konsol ini sebelum konsol ini dihentikan pengeluarannya[2]. Konsol ini berjaya memberikan paparan gambar yang lawa dan terang dalam suasana 2D, kesan daripada spesifikasi konsol ini yang tinggi. Permainan video yang popular untuk konsol ini ialah C.U.G., permainan video yang lebih kurang sama dengan Super Mario Bros[3].

Nombor siri Tajuk Tajuk lain Pembangun Genre Tahun dilepaskan
1F008African Adventures1) Fēizhōu Tànxiǎn
2) Monopoly: Adventure in Africa
Panda EntertainmentTeka-teki1995
2F006C.U.G.1) Xī Yóujì
2) Journey to the Laugh
FuntechPlatform1995
3F001Formosa DuelFú Ěr Mó Shā Dà DuìjuéAV ArtisanTeka-teki1995
4F002Sango FighterSānguózhì Wǔjiàng ZhēngbàPanda EntertainmentPergaduhan1995
5F003The Son of EvilXié'è ZhīzǐFuntechRPG1995
6F004Speedy Dragon1) Yīnsù Fēilóng
2) Sonic Dragon
AV ArtisanPlatform1995
7F005Super Taiwanese Baseball LeagueChāojí Zhōnghuá Zhí Bàng LiánméngQuan Wei Technology/C&ESukan1995
8F011Boom Zoo1) Bào Bào Dòngwùyuán
2) Explosive Burst Zoo
FuntechAksi1996
9F009Gambling LordDǔ BàPanda Entertainment / FuntechMahjong1996
10F012REBEL1) Pàn Xīng
2) Rebel Star
Horng Shen Information Co., LtdRPG1996
11F007Super Dragon Force1) Chāojí Guāngmíng Zhàn Shǐ
2) Super Light Saga: Dragon Force
Kingformation Co., Ltd.RPG1996
12F010Magical PoolMó Bàng ZhuàngqiúFuntechSukan199?
  1. 1 2 3 Dark Watcher. "Funtech Super A'Can". Videogameconsolelibrary.com. Dicapai pada 2014-07-17.
  2. ↑ "Super A'Can (Platform)". Giantbomb.com. Dicapai pada 2014-07-17.
  3. ↑ "ARCHIVE.ORG Console Library: Super A'Can". Archive.org. Dicapai pada 2014-07-17.