Pergi ke kandungan

Perbadanan Aset Keretapi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perbadanan Aset Keretapi
ڤربادنن اسيت كريتاڤي
Intisari Badan Berkanun
Dibentuk1 Ogos 1992; 34 tahun yang lalu (1992-08-01)
JenisBadan Berkanun
Ibu pejabatIOI Resort City, Putrajaya, Malaysia
MotoMengungguli Pengurusan Aset Negara
Excellent in National Assets Management
Menteri bertanggungjawab
Eksekutif Badan Berkanun
  • Dato' Jana Santhiran Muniayan, Pengerusi
Agensi induk
Kementerian Pengangkutan Malaysia
Laman sesawang
www.rac.gov.my

Perbadanan Aset Keretapi (Tulisan Jawi: ڤربادنن اسيت کريتاڤي ;) ialah entiti kerajaan yang bertanggungjawab untuk pemilikan, pengurusan, dan penyelenggaraan aset Keretapi Tanah Melayu. Ini termasuk tanah, landasan, stesen, dan infrastruktur lain yang diperlukan untuk operasi rangkaian kereta api[1][2]. Objektif utama entiti ini adalah memastikan penggunaan optimum dan pemeliharaan infrastruktur kereta api yang dahulunya berada di bawah KTM, bagi menyokong pengangkutan penumpang dan kargo[3].

RAC telah diberikan kuasa bagi mentadbir dan menguruskan segala aset yang dimiliki oleh KTM sebelum pembentukan KTMB pada tahun 1992. Aset-aset RAC adalah seperti yang berikut:

Jenis Tanah Contoh Aset Keluasan Nota
Tanah Hak Milik
  • Tapak Kuarters
  • Yad
1431.84 ekar
Tanah Surplus
  • Stesen KTMB
  • Pejabat
2791.16 ekar
Tanah Operasi
  • Landasan
  • Jambatan
  • Terowong
26,532.41 ekar

Kontroversi

[sunting | sunting sumber]

Gagal Mengutip Sewa RM12.84juta

[sunting | sunting sumber]

Laporan Ketua Audit Negara 2021 melaporkan bahawa Perbadanan Aset Keretapi (RAC) gagal mengutip hutang sebanyak RM12.84juta. Menurut LKAN lagi, RAC telah menyerahkan 54 surat tawaran sewaan kepada penyewa namun surat perjanjian sewa tidak disediakan yang menyebabkan sewaan berjumlah RM12.67juta tidak dikutip. RM170,474 pula merupakan jumlah nilai sewaan yang diberikan kepada 12 penyewa. Kelemahan penguatkuasaan oleh RAC boleh menyebabkan kerugian sebanyak RM24.45juta[4].

Lihat Juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ↑ "Perbadanan Aset Keretapi". Mau Kerja.{{cite web}}: CS1 maint: url-status (link)
  2. ↑ "Agensi". KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA.{{cite web}}: CS1 maint: url-status (link)
  3. ↑ AKTA KERETAPI 1991. Malaysia: PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA. 2010. m/s. 61–64.
  4. ↑ Reporters, F. M. T. (2023-10-10). "Perbadanan Aset Keretapi gagal kutip sewa RM12.84 juta". Free Malaysia Today | FMT (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-12-20.